.

.
Somewhere there's someone who dreams of your smile
There's something about me
Noor Shafiqa Zainal
Twitter Facebook

Hope for better


Assalamualaikum. Dear bloggers,
First time ke ni update through phone hehe rasa kekok pulak haha. Adoii screen keciknya, nak kena tukar iphone 6s ni. Hahaha. Tunggu lah iphone tu turun dari langit baru dapat pakai kot hehe.
Okay sayang sayang semua. I miss you alot lah. One week tak update, baru one week je kan? Relex lah der eh amboii bahasa hehehe gurau ok. Okey giasss,

Before that, selamat menyambut maal hijrah. Tahun baru dan juga buku amalan baru kita lepas maghrib tadi. Alhamdulillah masih lagi diberikan bernafas sampai harini. Harap segala urusan kita dipermudahkan olehNya, jangan lupa ok selalu berdoa mintak dosa kita diampunkan. Hehe.

Shafiqa minggu ni kurang sihat. Jumaat lepas migrain dan sakit kepala. Terpaksa amik mc tau korang. Doc dah keluarkan ref letter suruh refer hospital. Pasal migrain dan sakit kepala yang lebih 3times kena, jadi doc suruh buat ctscan dekat hospital. Benda ni tak bagitau mak pun sebab tak nak lah mak risau. Think positif je kita, tak ada apa kot. Then, sempat lagi pergi jumpa Jaguh petang jumaat tu. Korang tengok, sakit pun jumpa jugak. Hahaha. Cerita pasal jaguh, nanti story ok.

Okey, hari sabtu pulak. Badan rasa tak sedap. Dalam tenghari tu macam nak pengsan, berdiri dekat dapur then macam panas bahang, terus baring balik. Memang nak pengsan ok. Elakkan dari nak pitam, cepat masuk bilik dan baring. Makan tak lalu. Mungkin sebab tak ada energy kot. Hmm. Macam2 sangat penyakit betul aku ada ni. Senyum dan redha je mampu.

Mak sorry tak dapat nak ikut pergi rumah kawin. After lunch aku terus makan ubat dan tidur. Sakit kepala dah tak ada sangat masa tu. Cuma rasa berbeza dekat dada ni. Tak tahu kenapa macam lain. Tak reti lah nak explain dengan korang macam mana hehe. Korang bayangkan korang rasa memang tak puas nak bernafas. Haa macam tu, macam ada somenthing block, dan macam tak sempurna lah. Nak tidur malam tu pun tak lena. Nasib ada ubat migrain tu. Boleh lah rehatkan diri dan badan ni sekejap. Nak kata aku ada lelah atau semput tak ada pulak, haih dah kenapa ni risau pulak. Sangat risau. Lepas tu menangis, sebab aku takut nanti sampai satu tahap aku susah nak bernafas, haaa then aku nangis lol hmm.




Hari ahad petang aku pegi jogging, mana tau boleh hilangkan rasa tak sedap dekat dada ni. Tapi still sama je, dan malam tu aku buat keputusan cerita je apa aku rasa ni dekat mak. Mak apa lagi marah sekejap lah, mak kata lain kali kipas dekat dalam bilik jangan hadap depan muka masa tidur. Hehe. Lepas tu kena ikut mak pegi jumpa doc monday morning dekat PPUM. Terpaksa lah aku mc lagi isnin semalam. Hmm

Doc cakap, mungkin sebab aku gestrik. Alhamdulillah dengar gestrik puncanya aku sakit dekat dada ni. Jangan penyakit yang berbahaya sudah. Dekat hati jantung ni lah yang paling aku takut.  Jadi doc kata gestrik tu akan naik ke dada. Macam tu lah apa aku dengar. Tapi yang peliknya, kenapa aku tak rasa aku gestrik pulak masa tu? Doc kata ohh kita tak ada akan rasa macam tu. Haaa aku pun haih apa apa la doc. Janji saya tak nak dada saya rasa macam ni. Saya tak sedap hati dan tak boleh nak tido hmm. Doc bagi ubat angin kot. Doc kata tengok in 48 hours macam mana hilang tak sakit ni, tapi sekarang dah 48 hours dah ni. Tetap sama je. Ya Allah. Shafiqa sabar ye, jangan nangis. Anggap lah sakit ni penghapus dosa kau yer.

Eh lupa, harini pun amik mc. Mc sebab rasa macam nak fully betul2 rehat. Dengan rasa susah nak bernafas ni nak mula kerja pun tak berapa nak focus. Harap cepatlah sihat, tak selesa dengan dada macam ni.. Doakan lah yang terbaik :(  



Macam mana nak attend dd tunang dekat bentong, pahang sabtu ni kalau after 48 hours pun tak sihat lagi dada ni? Bahaya la hmm. Tak apa sekali lagi doakan baik baik. Anggap lah Allah sedang menguji hambaNya. 
Ya Allah :(


Publish
Shafiqa Zainal