Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap. Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit
Tapi, saya tak pernah minta supaya Allah hadirkan saya rasa benci pada dia. Kerana, dia insan yang pernah hadir bawa kebahagiaan dalam hidup saya. Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia. Semoga Allah jaga dia.
Bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti.
Jika Allah biarkan dia berterus terang, adakah saya masih mampu untuk jadi sekuat ini?, Adakah saya mampu untuk terima kenyataan itu ? Kerana itu Allah biarkan segalanya kekal jadi rahsia. Allah tak mahu saya rebah tersungkur hingga tak mampu bangkit kembali.
Kenapa nak terus tagih penjelasan sedangkan Allah dah jaga hati kita sebaik mungkin. Kenapa nak tambah lagi luka. Adakah penjelasan mampu mengubah segalanya kembali seperti sediakala? Bersediakah untuk lebih terluka dengan jawapan yang bakal kita terima?
“ Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya. Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi. Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh dengan DIA. “ – Rusydee Artz
Jangan terus bernafas dengan kenangan lama. Allah ada bersama kita. Janganlah kamu bersedih. Suatu hari nanti semuanya akan terubat.
Tak perlu risau akan jodohmu. Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu. InsyaAllah.
#Copypaste :)
#Copypaste :)