Dia ada masa aku sentiasa mengharapkanNya, Allah. Mengharapkan pertolongan, perlindunganya. Hanya Dia ada dalam hati aku, Dia lah tempat aku mengadu semuaaaa masalah & perasaan aku, tempat penuh segala pengharapan aku ketika aku susah dan senang, cuma cepat dan lambat dia makbulkan. Bila teringat balik, memang banyak nikmat yang dia dah bagi, segala doa yang dia dah makbulkan, segala rezeki yang dia dia berikan. Cukuplah Allah bagiku sebaik baik Perlindung, sebaik baik Penjaga, sebaik baik Penolong.
Allah telah menyeru dan akan sentiasa menjawab panggilan kita saat kita mencari-Nya.
Cuma kita yang belum benar-benar tekad untuk kembali kepada-Nya.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." -
Az-Zumar: Ayat 53