.

.
Somewhere there's someone who dreams of your smile
There's something about me
Noor Shafiqa Zainal
Twitter Facebook

Admitted To Damansara Specialist Hospital

Assalamualaikum bloggers,



Finally aku admit jugak di KPJ Damansara Specialist Hospital on 15 August 2016 until 19 August 2016 disebabkan batuk yang amat terlampau sehingga menyebabkan dada yang amat sakit teramat. 

One month ++ aku menahan sakit, asyik batuk tak henti-henti guys sampai bila satu tahap nak batuk je sakit apatah lagi nak bersin, lagi sakit. 

Since raya haritu, memang demam sekejap plus ada batuk selesema semua of course. Then tak kesah lah demam dah elok kan, tinggal batuk je belum lagi. Agak lama jugak batuk masa tu, sampai the day before travel ke Sabah, aku pergi lah jumpe doc di klinik kita depan rumah aku ni je, sebab takut keadaan cuaca di Sabah tu nanti agak sejuk, mana lah tau dengan batuk2 masa tu takut aku pulak tak tahan. Atleast ada lah ubat kan nanti. Dah explain kepada doc semua, aku syorkan nak buat xray, sebab dada amat sakit. Memang rasa nak menangis lah time tu. Bahagian dada tak boleh nak buat main-main kan. Before buat xray, doc dah terangkan maybe aku hidap batuk 100 hari. Aku rasa chinese people tahu lah, sebab sometimes familiar dikalangan mereka. Aku sendiri pun tak pernah dengar nama batuk ni. Then batuk ni level bawah Asthma. So kene hati hati dan kena lah monitor batuk ni sebab takut lama-lama akan dapat asthma. Doc lah cakap.

Xray result ok, cuma bengkak saja dibahagian dada sebab mungkin batuk yang terlampau lama. Then doc tu nak tengok tahap oksigen aku, so dia suruh aku sedut gas macam asthma tu, after that jumpe doc balik, doc cakap nafas tak berapa ok. Dia suruh aku consume tempat asthma dua biji tu. Satu colour biru, satu colour coklet. Banyak jugak ubat yang dia bagi seperti ubat batuk & kahak, ubat paru, ubat radang, antibiotik, ubat tekak, dan ubat otot. Total cost masa tu dalam RM 289.00 somenthing. Nasib mak ada tolong bayarkan, hehe terima kasih mak. Agak terkejut jugak lah cost macam tu. 

Bila dah consume semua ubat tu, kadang2 ok kadang2 tak, sakit balik sometimes, bila travel ke Sabah, ada ubat yang dah habis, ada yang belum. Tapi still batuk2 lagi sampai kena pakai mask pergi travel. Nasib baik dalam kapal terbang tak batuk kuat sangat, kene lah hisap gula2 nak hilangkan gatal-gatal dekat tekak. Ada satu haritu masa nak pergi beli barang kat KK, sakit dada Ya Allah, hanya Dia jelah yang tau, teramat sakit. 

Balik dari Sabah hari Rabu, hari khamis tu pergi jumpe doc. Doc bagi lagi ubat antibiotik dan ubat paru. Dah habis kan dah ubat tu. Hari Jumaat masuk kerja, still sama lagi batuk lagi sampai pergi kerja pakai lagi mask. Masa balik dari kerja otw balik tu, boleh menangis sambil drive sebab sakit dekat dada tu tak tahan lagi, batuk then sakit dada. Memang menangis habis lah. haha

Hari Isnin, contact dengan agent prudential aku tu, sebab terpaksa refer dekat specialist. Nak pergi clinic lagi macam malas dah, habiskan duit je. So terpaksa lah aku refer dekat KPJ Damansara, nasib all arrangement diuruskan oleh agent aku tu. Thank you En Bashir. So semua details dia dah contact dengan Dato Dr Tamil Selvan. Dr ni dia pakar Jantung & Paru2. So ok lah kan. Memang kene admit hospital lah dengan masa tu keadaan aku yang agak pucat dan lemah. Terpaksa lah. 

Day 1- Macam biasa kene ambil darah, 3 botol jugak lah mereka ambil. Urine dengan sample kahak. At same time dia masukkan antibiotik & air dalam badan.
Day 2 - Amik lagi xray. Nasib result ok. Tak ada apa2 yang mencurigakan. Keputusan darah, katanya cell darah putih tinggi sebab ada jangkitan kuman dalam badan.
Day 3 - Batuk still sama, dan still tak berkurang. Doc terpaksa upgrade kan antibiotik yang lebih strong lagi. Then, doc syorkan buat CT Scan. Ya Allah, takutnya. Alhamdulillah results is positive. Same time amik lagi darah, sebab nak tengok status kuman dalam badan. Alhamdulillah kuman banyak dah kurang.
Day 4 - How are you my dear ? Amboii dato ni. hehe. Feel better, batuk finally kurang tak kerap dah, dada slowly tak sakit, tapi rasa sakit sikit. Malam tu doc visit, tanya lah doc ; 


Me : Dato bila boleh balik ?
Doc : Hmm tengok lah esok.
Me : Apa esok boleh balik?
Doc : Tengok lah.

Eh doc ni, macam tak nak bagi aku balik je kan, haha. Tapi ramai nurse kat situ cakap kalau under Dato ni susah sikit dia nak bagi balik sebab dia nak betul2 sihat baru boleh. Alaaaa dah lah boring duduk hospital tu hmm -_-

Day 5- Awal pagi dah dr datang melawat, luckly dr cakap ok awak boleh balik harini. tapi awak tak boleh pergi kerja lagi dan dr kasi mc 2 weeks. Omg 2 weeks, lama betul kau rehat shafiqa oiii. This wednesday kene datang lagi appointment. 

Semua kos rawatan dalam 9k somenthing. Tapi aku just bayar dalam 900 lebih je, The balance prudential bayar. So semua billing mak dah uruskan, terima kasih mak. hehe. Tengahari semua dah settel dah alhamdulillah, cepat settelnya kan. 


See ini lah ubat yang mesti wajib dihabiskan ok. Mintak2 lah cuti 2 weeks ni berkurang sikit batuk ni. Nanti masuk kerja tak ada lah batuk lagi, kene lah sihat cuti kan dah lama. Pleaseeeeeee sihat ye.

Thanks again to Dato Dr Tamil Selvan & KPJ Damansara Staff.

Full of Love,
Shafiqa Zainal